Monday, August 2, 2010

Aku Hanya Manusia...


bagi sesetengah orang,melakukan perubahan adalah sangat sukar. kadangkala,kita sendiri tidak sedar akan perubahan yang sedang berlaku disekeliling kita tatkala kita khayal dengan nikmat didunia yang hanya sementara. dunia kini juga sedang berubah kerana pemanasan global yang berlaku angkara kita sendiri iaitu kerakusan manusia dalam mengeksploitasi setiap hasil bumi yang ada tanpa batasan. kita juga leka dan alpa apabila mendapat sesuatu rezeki kerana kita sering terlupa bahawa itu semua adalah kurniaan daripada Allah swt dan kita sering tidak bersyukur atas nikmat yang dikurniakan.

aku menulis ini bukan untuk mendidik manusia yang lain untuk menjadi lebih baik tetapi aku sering keliru dengan diri aku sendiri tentang apa yang aku perlu kecapi dalam dunia yang tidak akan kekal ini. seperti yang kita tahu,Hari Kiamat semakin hampir setiap saat dan ada yang masih tidak bertaubat atas dosa yang dilakukan begitu juga dengan aku. aku sudah bertaubat tetapi masih melakukannya dan dikala aku hampir berputus asa bertaubat,datang seorang kawan aku yang menyedarkan tentang segala kebaikan yang pernah aku buat didunia ini. mungkin hanya dia seorang sahaja yang nampak kebaikan aku yang aku cuba sorokkan daripada semua orang kerana aku merasakan diri ini lemah bila menunjukkan sifat kemanusiaan. dia tahu tentang semua yang aku lakukan selama ini,dia tahu yang aku cuba menutup kelemahan aku.
semasa spm,aku menjadi lebih sensitif dari biasa semasa makan di foodcourt tesco. aku jadi sebak apabila memandang kearah seorang budak yg boleh dianggap slow learner. aku terfikir sejenak dalam hati,mungkin ini dugaan kepada ibu dia yang diberikan oleh Allah swt.

kawan-kawan aku tertawa apabila aku beritahu tentang perasaan aku itu. memang benar apa yang selalu dikatakan oleh ibu aku,kalo orang itu biasa mencuri dan ada suatu hari dia tidak mencuri,orang tetap akan menuduh bahawa dia yang mencuri. biarkan,hal yang sudah berlalu,biarkan sahaja. kematangan aku boleh dilihat berdasarkan penulisan ini tetapi aku masih seorang anak muda yang memberontak kerana itulah yang dikatakan kepada seorang remaja.

No comments:

Post a Comment