Tuesday, December 11, 2012

Manusia Berhijab

Aku tak salahkan mereka kerana mereka ingin menutup aurat mereka tapi haruslah sejajar dengan maksud/terma sebenar menutup aurat. Anda muslim,anda tahu bagaimana caranya dengan jelas. Sungguhpun anda tidak tahu,anda masih punyai alternatif lain untuk mengetahuinya.

Sedih melihat mereka yg berhijab tapi tidak sempurna. Tapi mata syaitan ini terhibur juga kadang-kadang.

Ambang 12-12-2012

Malam hening.
Hujan baru berhenti.
Aku berlenangan di depan PC,
Menaip bait-bait yang terlintas di minda.

Kasihan dengan manusia akhir zaman,
Yang cuba untuk hidup di dunia penuh penindasan dan kealpaan.
Dicoretkan kisah sebenar dan rekaan,
Hinggakan minda ini mengalami kemuncak kontradiksi berpanjangan.

Esok hari dimana tarikh kononnya keramat ditunggu.
Manusia poletariat mahupun aristokrat sibuk men-tweet tentang hari esok.
Hari esok yang kita tidak lagi tahu,
Masih menghirup oksigen percuma tanpa cukai ini atau tidak.

Isu nadir bumi dipertontonkan dikaca televisyen,
Dengan harapan manusia dari setiap lipatan dan celah bumi Malaysia ini percaya,
Bahawasanya ia tidak merbahaya selagi tidak diproses.
Aku ingin sampaikan ceritera ini tapi gagal. Aku manusia kecil tanpa kuasa.

Dan siang sudah berganti malam,
Aku harap mimpi malamku ini seindah bunga sakura yang mekar,
Mungkin juga seperti bunga raya kebanggaan anda,
Atau apapun yang indah agar aku berhenti memikirkan sebentar fana tak utuh ini.