Tuesday, August 31, 2010

perihal manusia

konflik dalaman, komplikasi digital,

dia dalam dunia di mana

perilaku manusia seakan haiwan,

juga kepada kalian yang mengejar

kemodenan untuk beritahu bahawa sudah maju.

bayi dibuang bergelandangan di jalanan,

seperti manusia primitif dahulu kala,

tatkala sebelumnya itu leka dengan paduan

nafsu yang menderu di sanubari

tanpa mengira dosa pahala.

aku bukan tuhan untuk mengadili kalian semua,

aku juga manusia,

manusia biasa,

cukup sekadar biasa tanpa apa-apa,

yang sentiasa memikirkan tentang hukum karma.

karma yg akan mengena kpdku semula.

Aku Bukan Sempurna

'AKU BUKAN SEMPURNA'

aku bukan sempurna
aku hanya manusia biasa
setengah daripadaku ada di syurga
selebihnya di neraka
sekarang,aku tidak punyai apa-apa

otakku sama seperti yang lain
aku juga punyai akal seperti manusia yang lain
mungkin cara aku memandang sesuatu itu sahaja yang berlainan
aku seorang yang tidak suka mendiskriminasi orang lain
tetapi aku kadang-kadang terlepas

berpegang dengan prinsip?
ha69
kita kadang-kadang melanggar prinsip kita sendiri tanpa disedari
aku cuba tidak mendiskriminasi kerana
tidak mahu menilai orang dari luaran dan juga
untuk megelakkan diriku dari menjadi stereotype

aku ingin menjadi sempurna dengan tidak melakukan
perkara yang aku sendiri tidak suka
tetapi aku tetap manusia biasa
yang tidak boleh lari dari melakukan kesalahan

banyak perempuan mahukan lelaki yang sempurna
tetapi aku tidak sempurna
lebih baik mereka cari yang lain dan bukannya diriku
aku tidak pasrah,cuma tidak mahu membuang masa mereka

Monday, August 30, 2010

merdeka?

merdeka? malam tadi aku terfikir tentang efek malam merdeka. sebelum itu,aku tersentak dengan kenyataan yang tidak biasa dilontarkan oleh arep cahaya. dia cakapa, malam ini,'berlakulah penambahan bilangan belen di sp & setiap ceruk di malaysia'. mula-mula,aku terkesima tetapi setelah melihat keadaan sekeliling aku yang rata-rata dipenuhi oleh budak-budak belasan tahun[aku pun belasan lagi,18 msih belas.ha69] yang sudah reti untuk keluar malam dan pulang lewat . ini erti merdeka bagi mereka? kebebasan untuk pulang lewat dengan taulan atas dasar menyambut Hari Kemerdekaan. aku ingin mengatakn bahawa mereka ini bodoh tetapi pokoknya,bkan salah mereka. ibubapa mereka yang sepatutnya menerangkan dengan lebih lanjut apa itu kemerdekaan sebenarnya agar peristiwa ini dapat dikurangkan. apabila difikirkn kembali,budak-budak sekarang cukup susah untuk mendengar cakap orang tua. hendakbuat sikap lepas tangan,tidak boleh kerana ini adalah generasi yang akan datang. apa perlu dilakukan oleh aku? apapun,dari pemerhatan aku malam tadi,merdeka kini disambut dengan kebodohan pertunjukkn bunga api. aku tidak tahu apa kaitannya dengan semangat patriotisme yang diagung-agungkn oleh rakyat malaysia. ini dinamakn merdeka? fikirlah..

Wednesday, August 25, 2010

aku bru ja bca hbis bca mosh#12 [bahagian review stuff blom.nnt2 ar smbung]

Ulasan Nizang Nervhous Records tentang band Akmal,Perek Kasi Gerek.

cool comedy fast thrashy punk rock from northern of Malaysia,Kedah. Fun lyrics about the band and fast music,and also being non-straight edger. That's the hit song with the sing along chorus 'we love x,but we're not straight edge!'. Oh i really hate when people type like sms style,and i will whine about that forever. [walaupun cd akmal aku tiada tetapi aku ada semua lagu dalam demo itu. mmg lyric yang mereka tulis dalam bentuk sms. penangan akmal punya pasal]

Tuesday, August 24, 2010

Aku Belum Mati...

Aku belum mati.
Cuma tak sedarkan diri.
Aku terselit diantara realiti dengan mimpi.
Tak pernah aku terfikir untuk lari dari sini
kerana semuanya lebih sempurna dari duniawi.

Lontarkan sahaja segala ketidakpuas hatianmu,
keresahanmu,cacianmu,hinaanmu kepadaku.
Kerana aku sudah tak boleh dengarinya lagi.
ha69

Usah dibilang tentang cinta
yang umpama gula-gula,
hanya sebentar kemanisannya & selepas itu
kita akan kepinginan untuk merasai kemanisannya sekali lagi.

Aku tak pernah kenal apa itu cinta
yang diagung-agungkan oleh manusia.
Aku cuma tahu cinta kepada tuhan yang satu.
Kerana Dialah segala-galanya.
Ada aku kerana kuasanya,
takdirku diatur olehnya.

Saturday, August 21, 2010

Aku Tak Berani...

Aku tak berani.
Aku takut.
Takut dengan realiti bukan fantasi.
Aku bukan melukut.
Aku ada tapi kalian tidak perlu sedari

Siapa aku?
Tak perlu tanyakan kepada jauhari,
kerana buang air liur basi.
Kau mahu aku mati?
Mati sudah aku dalam ingatanmu yang penuh dengan caci.

Wednesday, August 18, 2010

melayu?

'bangunlah anak bangsaku?'
Siapa? Aku atau yang lain?
Atau mereka yang pandai perdaya perawan sehingga hilang dara?
Mungkin juga yang buang bayi?
Rakusnya dan kejamnya ayatku tidak sekejam kamu.

Aku manusia yang ada iman.
Iman yang kadang-kadang bertambah dan
kadang-kadang berkurang.
Deskriminasi kamu terhadap aku,aku tidak peduli.
Bukannya aku minta duit dari kamu dan
bukan kamu yang mengatur rezekiku.
Siapa kamu? Tuhan untuk mengadili aku?
Ataupun boneka kepada emosimu yang sedang marah?

Nasihatmu akan dipertimbangkan,
cacianmu akan ditelan,
hujahanmu akan didengar,
setiap katamu akan diperhalusi.
Berkedut dahimu dengan ayatku?
Ada benar atau tidak ayatku?
Karma akan mengena kepadaku tapi
itu lumrah yang pasti.
Bagaimana dengan kamu?

Friday, August 13, 2010

blog merupakan pendengar setia

ayat dia atas dipetik dari perbualan aku dgn una pada malam tadi. kadang-kadang aku rasa menulis blog seperti menulis diari kerana setiap ayat yang ditulis diselitkan sekali dengan emosi penulis. tetapi inilah kebebasan yang dikecapi melalui blog sendiri. blog juga ada kelemahan iaitu seperti kita sedia maklum bahawa jika kita menulis sesuatu yang menyentuh sensitiviti masyarakat kita akan dimasukkan ke dalam ISA.

jika anda yang membaca ini inginkan kebebasan mutlak,kurangkan masa menulis blog dan mulakan membuat zine. zine adalah medium untuk anda luahkan segalanya dan ia adalah hasil tangan anda 100%. sebelum memulakannya,bacalah dahulu beberapa zine yang sedia ada di pasaran underground ataupun mengikutilah mana-mana zine terlebih dahulu sebagai asas penulisan. berkat usaha,pasti anda akan berjaya

Saturday, August 7, 2010

si celaka mna yg menghentam aku?

semalam,dalam kekalutan & kehingar bingaran alunan muzik yg laju,kuat serta membingitkan telinga,aku dikasari oleh entah siapa dalam kegelapan serta kepanasan gig. aku terduduk lantaran dikasari beliau. aku bangkit dengan pantas & 'mosh' dengan segala kudrat yang ada sehingga terkasari kawan aku sendiri[maaf telah dipohon melalui fb]

sebelum bermulanya adegan tersebut,aku begitu buas semasa kugiran Perek Kasi Gerek membuat persembahan. kebanyakan yang berdiri didepan pentas adalah dari Sungai Petani[lebih tepat lagi kawan-kawan kepada band tersebut termasuk aku]. yang lain,mereka lebih bersifat rascisme terhadap genre muzik yang berlainan daripada mereka. mungkin bagi mereka,genre yang mereka dengari adalah lebih hebat atau gah. biarkan,aku bukan menulis untuk mendiskriminasi orang lain tetapi kehairanan aku yang menyebabkan jari-jari kepelikan aku untuk menulis. dalam mindaku tertimbul satu soalan,'mengapa mereka bersifat sedemikian rupa? apa salahkah untuk orang lain bermain muzik sedemikian?'

tetapi,pujian harus diberikan kepada segelintir pengikut muzik berkenaan yang mampu untuk bergaul dengan orang lain tidak kira jika orang tersebut dimeminati apatah mengagumi muzik yang digemari olehnya. memang didunia ini perlukan kepelbagaian tetapi jikalau terjurus kepada kekancah kebodohan seperti rascisme,lebih baik orang yang mempunyai pendapat sedemikian membuat negara sendiri yang hanya mempunyai 1 fahaman sahaja.

memang betul bahawa kita hanya manusia biasa yang tidak boleh lari daripada melakukan kesalahan tetapi lebih baik kita bermuhasabah diri jikalau kita sendiri melakukan perkara yang tidak disukai oleh diri kita sendiri. dengan bermuhasabah diri,kita akan lebih matang & berkemungkinan tidak akan mengulangi perbuatan tersebut.

Thursday, August 5, 2010

ha69..adakah aku hipokrit?

aku diluar blog ini,sungguh bercanggah identiti aku. kelantangan dalam sesuatu perkara memang tiada tandingan tetapi apabila tiba masanya untuk mula menulis blog,aku seperti menjadi orang yang lain. orang yang aku maksudkan adalah seorang yang berfikiran luas,terbuka dan matang dalam percakapan dan segala-galanya. mungkin ini merupakan teras diri aku cuma aku bayangi mata kawan-kawan aku dengan kerja bodoh dan perilaku gila-gila. aku tidak berniat untuk menarik perhatian mereka cuma mahu hilangkan kebosanan dikala tiada topik untuk menyembang. aku juga selalu dijadikan bahan ketawa oleh malaun-malaun tersebut tetapi bagi aku,tiada siapa yang sempurna. jikalau mereka[manusia] gelak kerana kekurangan orang lain,mereka adalah seorang yang tidak bersyukur atas nikmat yang diperolehi selama ini.
[pergh,another fucking matured phrase... babi,apa yang terjadi dengan aku?]

aku tidak pernah diberitahu bahawa aku seorang yang baik oleh kawan-kawan aku tetapi ada 1 malam itu aku ditarbiah oleh kawan aku sampai menitiskan air mata.[serious rare malam tu]
dia beritahu aku bahawa aku ini sebenarnya baik dan semua perkara yang sewaktu dengannya cuma aku keliru dengan keadaan sekeliling.
[p/s:thx babe sebab ingatkan aku tentang semua ini termasuk tentang ibu aku.]

kematangan kadang-kadang perlu dilihat juga dimana perlu jadi sedemikian. kita tidak boleh menjadi matang sentiasa kerana pasti jiwa kita akan meronta. cuma kadang-kadang,ditempat yang perlu kita tunjukkan kita terlupa untuk menunjukkannya.haih..
kita cuma manusia biasa yang tidak dapat lari dari kesilapan la..

Monday, August 2, 2010

Aku Hanya Manusia...


bagi sesetengah orang,melakukan perubahan adalah sangat sukar. kadangkala,kita sendiri tidak sedar akan perubahan yang sedang berlaku disekeliling kita tatkala kita khayal dengan nikmat didunia yang hanya sementara. dunia kini juga sedang berubah kerana pemanasan global yang berlaku angkara kita sendiri iaitu kerakusan manusia dalam mengeksploitasi setiap hasil bumi yang ada tanpa batasan. kita juga leka dan alpa apabila mendapat sesuatu rezeki kerana kita sering terlupa bahawa itu semua adalah kurniaan daripada Allah swt dan kita sering tidak bersyukur atas nikmat yang dikurniakan.

aku menulis ini bukan untuk mendidik manusia yang lain untuk menjadi lebih baik tetapi aku sering keliru dengan diri aku sendiri tentang apa yang aku perlu kecapi dalam dunia yang tidak akan kekal ini. seperti yang kita tahu,Hari Kiamat semakin hampir setiap saat dan ada yang masih tidak bertaubat atas dosa yang dilakukan begitu juga dengan aku. aku sudah bertaubat tetapi masih melakukannya dan dikala aku hampir berputus asa bertaubat,datang seorang kawan aku yang menyedarkan tentang segala kebaikan yang pernah aku buat didunia ini. mungkin hanya dia seorang sahaja yang nampak kebaikan aku yang aku cuba sorokkan daripada semua orang kerana aku merasakan diri ini lemah bila menunjukkan sifat kemanusiaan. dia tahu tentang semua yang aku lakukan selama ini,dia tahu yang aku cuba menutup kelemahan aku.
semasa spm,aku menjadi lebih sensitif dari biasa semasa makan di foodcourt tesco. aku jadi sebak apabila memandang kearah seorang budak yg boleh dianggap slow learner. aku terfikir sejenak dalam hati,mungkin ini dugaan kepada ibu dia yang diberikan oleh Allah swt.

kawan-kawan aku tertawa apabila aku beritahu tentang perasaan aku itu. memang benar apa yang selalu dikatakan oleh ibu aku,kalo orang itu biasa mencuri dan ada suatu hari dia tidak mencuri,orang tetap akan menuduh bahawa dia yang mencuri. biarkan,hal yang sudah berlalu,biarkan sahaja. kematangan aku boleh dilihat berdasarkan penulisan ini tetapi aku masih seorang anak muda yang memberontak kerana itulah yang dikatakan kepada seorang remaja.