Saturday, July 31, 2010

People CHANGE lah...

orang berubah tidak kira byk atau skit,tidak kira ke arah baik atau jahat,perubahan tetap perubahan.. kadangkala,kita sendiri tidak dapat terima perubahan yang berlaku disekeliling kita tetapi sudah menjadi lumrah untuk sesuatu itu berubah walau sekuat mana atau segiat mana benda itu kita pelihara atau jaga ia tetap melalui perubahan.. adakah aku berubah? aku pun tidak tahu sebab aku tidak boleh menilai diri aku sendiri. People makes mistakes,try and error is the best way to learn and experience is the best teacher.. biar belajar dari kesilapan daripada tidak melakukan kesilapan kerana melalui kesilapan kita belajar sesuatu yang baru.

bagi orang yang kenal benar dengan aku,mereka pasti akan tertawa melihat aku menulis sebegini kerana secara lahiriahnya,aku seorang yang dianggap tidak berguna kepada sesiapapun,senang dimanipulasi oleh orang lain,mempunyai perilaku yang bodoh dan banyak lagi benda buruk yg boleh diceritakan tetapi mereka lupa bahawa aku adalah manusia. aku bukannya seperti haiwan yang hanya mempunyai nafsu semata. aku juga mempunyai hati dan perasaan seperti orang lain. cuma aku merasakan seperti lemah tatkala aku menunjukkan sikap sedemikian. seperti ada sesuatu yang menghalang aku untuk terus bersikap lebih berperikemanusiaan. segelintir orang masih menafikan bahawa aku mempunyai moral yang tinggi kerana aku tidak pernah menunjukkan perilaku sedemikian kepada mereka. aku kalau jalan berseorangan,anda boleh melihat pada perbezaannya.

aku bukan ingin menjadi riak atau bangga dengan menceritakan semua ini tetapi hakikatnya aku ingin mempunyai teman wanita. aku sampai sekranag,masih tidak tahu apa itu cinta. adakah cinta hanya objek untuk mendapatkan seks? adakah cinta pengantara kepada perkahwinan? aku perlukan seseorang untuk membimbing aku kerana aku merasakan sudah bosan hidup bersendiriran. mungkin aku patut biarkan ia saja kerana mungkin ia akan datang sendiri. tetapi,bagaimna kalau ia tidak akan datang.

aku tidak mengerti semua ini...

2 comments:

  1. awat sadis sgt neyy..... huhu :(

    ReplyDelete
  2. aku xphm la,knp miss right xdtg kt aku..
    bangang kn..?
    takdir o0o takdir..
    nk wt cmna,just have 2 wait..

    ReplyDelete