Monday, March 26, 2012

Terlalu Selesa,Malas Berfikir Mungkin

Rakyat Malaysia sudah terlalu selesa dengan keadaan sekarang. Mereka dijangkiti penyakit neophobia. Aku tidak kata UMNO baik ataupun PKR bagus. Aku kata bahawa UMNO sudah terlalu lama mentadbir Malaysia dengan acuan warisan turun temurun. Mari kita merubah landskap pemikiran kita ini. Sudah 54 tahun kita merdeka dan apa yg terbentang didepan kita inilah hasilnya. Cuba beri kepada parti lain pula. Beri masa yang sama atau setidak-tidaknya 50tahun dan lihat apa yang berlaku. Aku cuma inginkan pembaharuan.

Jikalau apa aku tuliskan ini tahi,siapakah gerangan yang membuat kacau pada Perhimpunan Hijau di Padang Kota Lama,Pulau Pinang? India-Muslim dan seperti kita tahu,Pulau Pinang ramai dengan golongan tersebut dan kebiasaannya mereka digelar mamak. Aku mendapat berita bahawa mereka diupah oleh UMNO. Jika mamak-mamak ini diupah,bagaimana pula dengan pakcik SB yang bertindak ganas dihadapan Balai Polis ketika Adam Adli membuat laporan? Aku juga mendapat tahu bahawa dia juga diupah. Jika maruah Melayu yang supremasis ini punyai nilai,Melayu itu sendiri juga boleh didagangkan sebagai barangan kah?

Jika dilihat semula dan dikaji,kita sudah banyak didoktrinisasi oleh kerajaan. Lihat sahaja sekarang didalam kaca televisyen,iklan pakcik misai kontot giat diutarakan. Jika ia menyuruh rakyat menggunakan/membeli barangan-barangan buatan Malaysia atau barangan daripada kedai 1Malaysia,Perdana Menteri kita menggunakan BlackBerry bukan?