Tuesday, October 12, 2010

pentarbiah yang tak begitu berpelajaran tetapi berpengalaman

Aku ditarbiah oleh seorang lelaki yang mengalami komplikasi paru-paru akibat merokok di sebuah hospital kerajaan.

Walaupun sebelah daripada paru-parunya telah rosak,dia masih merokok.

Acapkali dimarahi oleh jururawat,dia masih tetap dia.

Masih merokok. Sebatang demi sebatang dicucuh tanpa menghiraukan apa yang akan terjadi.

Dia tahu bahawa dia sudah tidak lama di dunia ini. Mungkin beliau berpegang kepada prinsip,'ajal menemuiku dimana-mana'

Dia masih tidak segan untuk terus bernafas di dunia ini. Masih boleh tersenyum ceria.

Terpancar didalam sinar matanya segala suka duka.

Bagaimana pula kepada manusia yang memilih untuk membunuh diri?

Jemu dengan hidup? Jika nyawa itu boleh diisi semula umpama mengisi air di dalam botol,aku ingin mengambil nyawa mereka.

Bahkan,kamu juga mahu. Akan aku jadikan nyawa mereka sebagai korban tatkala aku memerlukannya.

*Disini,aku cuma semua orang faham bahawa nyawa itu tiada ganti dan tiada harga. Masalah yang mendatang,harus dihadapi dengan tenang. Berputus asa,bukan pilihan. Bangkit melawan.

No comments:

Post a Comment