Saturday, October 16, 2010

Ketidaksempurnaan

Aku kadang-kadang pekak,
kadang-kadang bisu,
kadang-kadang buta.

Tatkala aku pekak,
apapun bentuk bunyi yang hadir sekelilingku
tidak dapat didengari oleh aku.
Tatkala aku bisu,
aku hanya mampu diam seribu bahasa kerana
sekuat mana aku cuba untuk membukanya,ia tetap seperti itu.
Tatkala aku buta,
aku tidak nampak semuanya walaupun sebuah bahtera didepan mataku.

Nikmat yang dikecapi didunia ini hanya sementara.
Ianya seperti selepas memakan madu.
Masih teringat-ingat tentang kemanisannya.
Nikmat itu menjadi memori di dalam mindaku yang kotor.
Kotor dengan segala benda.
Bila untuk dibersihkan pun aku tidak tahu.

Aku ingin hidup dengan gembira tetapi aku tahu bahawa
sedih adalah satu dugaan bagi aku.
Konflik dalaman dan luaran perlu ditempuhi oleh setiap manusia.
Cara kita menanganinya juga berlainan.

No comments:

Post a Comment