Tuesday, November 16, 2010

Kegilaan itu adalah kebiasaan

Kegilaan itu adalah kebiasaan
Apakah kamu tidak biasa dengan sesuatu kegilaan itu?
Kegilaan berpasangan,kegilaan mencari duit,
Kegilaan bekerja,kegilaan seks,
Kegilaan,kegilaan dan kegilaan.

Semuanya kegilaan bukan?
Kamu tidak pernah merasainya?
Rugi kamu sebagai manusia jika begitu.
Sayangnya kamu pilih untuk terus normal
Tidak langsung mahu menyimpang sedikit daripada paksi normal itu

Aku tidak suruh kamu untuk menjadi gila
Tetapi mungkin menyuruh kamu supaya menjadi diri kamu
Dan memberi sedikit kebebasan kepada jiwa kamu itu
Aku skema tetapi reti menggunakan kebebasan itu
Kenapa kamu tidak boleh?

No comments:

Post a Comment