Monday, May 9, 2011

Realiti?

Realiti bukan tentang program realiti tv ya para pembaca tetapi ada kena mengena dengan tv. Realiti adalah hakikat atau kenyataan jika kita merujuk kepada kamus. Kenapa aku mahu kaitkan dengan tv? Ini kerana,tv menyiarkn program atau rancangan kepada penonton. Rata-rata penonton terdiri daripada kanak-kanak sehinggalah orang tua tetapi impakyang paling besar adalah kepada kanak-kanak sehinggalah remaja.

Contoh yang aku lihat pada anak gadis sekarang ialah mereka cenderung untuk berimaginasi dan mahu hidup dalam imaginasi mereka. Seperti mahu jadi selebriti,mahu dikenali,mahu itu mahu ini. Kadangkala,mereka hampir lupa dengan kesengsaraan yang dihadapi oleh ibubapa mereka dalam membesarkn mereka dan adik beradik yang lain. Lupa tentang erti kepayahan ibubapa mereka dalam mencari wang dan memenuhi kehendak mereka. Ada ibubapa yang sanggup berhempas pulas demi menurut kehendak anak perempuan mereka. Bagi aku,itu sudah melampau. Ibubapa mereka terlalu sayangkn mereka sehingga sanggup melakukan sedemikian demi anak yang tercinta walhal anak mereka memperagakan barangan-barangan tersebut kepada kawan-kawan mereka untuk popular di mata kelompok kawan-kawan mereka. Ini yang dikatakan MATERIALISTIK.

Rancangan itu menjadikan mereka sedemikian tetapi aku rasa dengan didikan yang betul daripada ibubapa mereka,hal ini boleh dielakkan. Mereka yang mahukan semuanya adalah seorang yang masih kebudak-budakan. Masih tidak sedar akan realiti dunia kini dan masih tidak mahu berhenti berminpi. Dengan memiliki semuanya,adakah dia akan terus bahagia? Dengan menjadi apa yang dia ingin jadi,adakah dia akan bahagia selamanya?

No comments:

Post a Comment