Saturday, January 29, 2011

Kesusahan...

Tadi,time aku pergi beli laksa dgn mee rebus dekat belakang umah aku,aku ternampak satu family yang mungkin baru mendirikan rumah tangga di kedai makan itu.[yea la kot sebab aku tgk bawak anak sorang dengan naik moto. muka pun muda lagi laki bini tu.] Tiba-tiba,aku teringat dulu zaman bapak aku keja. Keja dahla makan gaji,kena pecat dengan notis 24jam atas alasan yg tak kukuh. Ala,malas cerita panjang tentang tu. Aku teringat time dia baru buka syarikat dia sendiri. Syarikat hasil titik peluh dia. Jenuh bergolok gadai jugak la cerita dia. [Dulu aku ingat senang sebab tengok dlm tv macam senang] Aku pergi sekolah pun bawa 50sen. Cukuplah takat nak makan alas perut. Budak-budak sekarang,busuk-busuk rm2. itu baru sekolah rendah,kalo menengah dah rm5. Ini dekat kedah,dekat tempat lain tak tau lah.


Kadang-kadang aku pun susah juga,poket kering.hahahah

Ya,perkara ini semua orang lalu. Sampai ada yang lalui hari-hari dek tiada bajet dalam perbelanjaan. Biasalah,manusia. Tidak pernah dapat lari dari melakukan kesalahan. Bagi aku biasa lah,pengalaman yang akan mematangkn kita [walaupun jiwa kita tak matang :P].

No comments:

Post a Comment