Perkara lain yang aku nampak ialah cara pembuangan sampah yang 'efektif''. Contoh terdekat ialah,Sungai Sg. Petani. Cuba lihat apa yang ada disepanjang sungai tersebut.ha69
Sampah sarap yang bertimbun ,bukan? masyarakat kita sebenarnya suka mengambil jalan pintas tetapi membawa kesan buruk yang berpanjangan.
Cuba fikir tentang kos untuk membersihkan sungai tersebut. Semestinya memakan peruntukan yang besar. Aku rasa,kalau mentaliti masyarakat kita berubah secara positif dan mula berfikir secara kritis,gambaran ini kita mungkin akan lihat tetapi tidak seteruk ini.
Aku akui yang aku juga membuang sampah merata-rata tetapi aku tidak membuang bungkusan plastik merata-rata tetapi di dalam tong sampah. Ini disebabkan plastik adalah bahan yang susah untuk reput. Kalau nak buang merata pun,buang sampah di tanah dan bukan di jalan. biar ia reput secara semulajadi daripada dibakar.
*belilah Dead Memories#5 zine @ surf di internet untuk maklumat lanjut tentang plastik.
No comments:
Post a Comment