Wednesday, June 27, 2012
Akal & Perasaan
Tuesday, April 10, 2012
Luahan Minda.
Diwaktu kelam malam,
Dilitupi gerimis sebelum bermimpi,
Dan aku bersama satu koneksi ke alam maya menulis tahi.
Bersama minda masai dengan bahasa pasar,
Aku harungi liku malam ini yang tidak lagi sama seperti semalam,
Dengan waktu yang kebiasaan tapi hari yang berlainan,
Aku berkata tentang waktu.
Empat rangkap kemusnahan bahasa,
Aku isikan dengan penuh bersahaja,
Sambil ditemani nota-nota,
Menunggu hari esok untuk diluah semua.
Monday, March 26, 2012
Terlalu Selesa,Malas Berfikir Mungkin
Rakyat Malaysia sudah terlalu selesa dengan keadaan sekarang. Mereka dijangkiti penyakit neophobia. Aku tidak kata UMNO baik ataupun PKR bagus. Aku kata bahawa UMNO sudah terlalu lama mentadbir Malaysia dengan acuan warisan turun temurun. Mari kita merubah landskap pemikiran kita ini. Sudah 54 tahun kita merdeka dan apa yg terbentang didepan kita inilah hasilnya. Cuba beri kepada parti lain pula. Beri masa yang sama atau setidak-tidaknya 50tahun dan lihat apa yang berlaku. Aku cuma inginkan pembaharuan.
Jikalau apa aku tuliskan ini tahi,siapakah gerangan yang membuat kacau pada Perhimpunan Hijau di Padang Kota Lama,Pulau Pinang? India-Muslim dan seperti kita tahu,Pulau Pinang ramai dengan golongan tersebut dan kebiasaannya mereka digelar mamak. Aku mendapat berita bahawa mereka diupah oleh UMNO. Jika mamak-mamak ini diupah,bagaimana pula dengan pakcik SB yang bertindak ganas dihadapan Balai Polis ketika Adam Adli membuat laporan? Aku juga mendapat tahu bahawa dia juga diupah. Jika maruah Melayu yang supremasis ini punyai nilai,Melayu itu sendiri juga boleh didagangkan sebagai barangan kah?
Jika dilihat semula dan dikaji,kita sudah banyak didoktrinisasi oleh kerajaan. Lihat sahaja sekarang didalam kaca televisyen,iklan pakcik misai kontot giat diutarakan. Jika ia menyuruh rakyat menggunakan/membeli barangan-barangan buatan Malaysia atau barangan daripada kedai 1Malaysia,Perdana Menteri kita menggunakan BlackBerry bukan?
Friday, January 27, 2012
Manusia Bendul
Jasad ini sudah sakit ditambah pula kesakitan pada roh.
Aku hidup di dunia ini tidak lama.
Dunia,kau sangat kejam dengan realiti.
Tuhan kau memperlihatkan perkara yang aku kadang-kadang tak menyangka ia akan berlaku disekeliling aku.
Aku akui aku bendul.
Terlalu lurus. Terlalu jujur. Terlalu bodoh.
Asyik diperbodohkan. Jiwa raga mainan manusia lain. Mungkin ini sesuatu sifat yang Allah SWT bagi kepada aku. Sifat yang tidak semua orang punyai. Mungkin juga cara didikan ibubapa aku yang menjadikan aku sebegini. Aku tak salahkan siapa. Ini mungkin dapat membentuk sifat yang lain. Terima kasih manusia sekeliling aku,anda guru yang hebat. Tidak lupa juga kepada pengalaman. Anda teman yang setia. Aku masih belajar. Tolong bukakan laluan kepada aku.
Friday, December 30, 2011
Thursday, November 3, 2011
Awek Tudung Belit
Atas nama apa? #1
mencaci dan mengherdik.
ini politikal basi,
politikal penuh korupsi.
